The Little Girl Diary

Pakai Rantai Burung Hantu Haram .
Saturday 10 December 2011 | 03:46 | 0 Strangers
Assalamualaikum .

-Sorry kalau entry aku kali ni buat korang terasa ke apa ke . Aku just nak bagi tahu and tegur korang semua je . Taknak korang tersalah pilih jalan x)-
 
Mesti ramai yang terkejut kan baca entry aku ni hihi . Tapi aku rasa ramai yang tak terkejut sebab isu ni dah pun terkeluar dekat facebook . Mesti ramai yang dah tahu. Tapi aku sengaja nak update blog biar ramai yang lebih tahu lagi baru gempak. Hihi . Pakai rantai burung hantu haram ? Eh yeke . Mesti ramai yang tertanya tanya diri sendiri . Macam mana ni? Aku dah beli rantai tu. Takkan nak buang kot . Kalau buang membazir la pulak kan. Nak buat apa ni? Simpan? Tak boleh. Haram:/ Apa agak-ii korang nak buat eh .


Aku taknak beli sebab aku tengok rantai tu macam pelik je .Lebih-ii lagi gambar burung hantu . Err , menyeramkan betul ! Memang menyeramkan hihi . Lagipun kan , kalau aku beli then , bawak balik rumah mak and ayah aku nampak confirm aku kena marah punya lah beli bende yang tak berfaedah tu . Dah pakai tudung , pakai benda tu pulak . Apa punya fesyen lah kan budak zaman sekarang ni .

Ye aku tahu sebenarnya kalau nak diikutkan rantai burung hantu ni mengikut peredaran fesyen. Kalau boleh baju , seluar  , shawl , kasut , rantai semuanya nak ikut peredaran fesyen. Sampaikan mana yang haram mana yang halal kita tak dapat bezakan . Semua nak ikut peredaran fesyen. Orang pakai ni kita pakai ni. Orang pakai tu kita pakai tu .Kalau tak ikut , kata kita ni ketinggalan zaman pulak . Tapi nasib baik rantai burung hantu ni aku tak ikut. Kalau tak membazir duit aku je beli bende tak berfaedah tu kan . Korang yang dah beli tu nak buat macam mana kan . Terimalah kenyataan bahawa rantai burung hantu ni haram okay . Jangan kerana nak ikut perkembangan kita sebagai umat islam disisi Allah mendapat dosa. 

Aku sebenarnya malas nak cerita panjang . Kalau nak tau lebih llagi kenapa rantai burung hantu ni haram pandai-ii lah korang cari kat google ke kat manna-ii je lah yang ada . ehehe . Dah baca tu fikir fikirkan lah okayy . Jangan lupa share share kepada kawan kawan yang lain. Semoga ia mendapat pengetahuan buat kita semua. ;)










Taraaa! Cubalah korang tengok gamba dekat atas ni . Cantik ke ? Cantik lah jugak kan . Tapi , ianya haram . Tak boleh dipakai . Peaceee ^^



Older Post | Newer Post
All right reserved by Nurul Afrina